Tuntutan Musa Aman Sebagai KM Yang Sah Bertambah Rumit?

Berikutan dengan beberapa perkembangan baru-baru ini, nampak nya akan merumitkan lagi usaha Tan Sri Musa Aman untuk menuntut hak sebagai ketua menteri Sabah yang sah.
Episod ini bermula bilamana Musa memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk seri Mohd Shafie memohon pengisytiharan bahawa beliau (Musa) kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.
Seakan-akan saperti maklum balas, TYT pula saman Musa dan mebuat laporan polis terhadap beliau. Difahamkan, susulan laporan polis itu, Musa dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Rabu lalu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan berkaitan ugutan jenayah.
Selain itu Polis Sabah juga merakamkan percakapan sembilan individu berkaitan siasatan berhubung laporan polis dibuat TYT itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah.
Selanjutnya dilapurkan bahawa DAP Sabah juga telah membuat laporan mengenai dakwaan rasuah terhadap Musa.
ADUN Likas, Tan Lee Fatt memfailkan laporan itu di ibu pejabat polis Karamunsing di sini pada Isnin (21 Mei) lalu mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat 81 kesalahan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Musa dan lima individu dan lima syarikat yang berkaitan.
ADUN Likas, Tan Lee Fatt memfailkan laporan itu di ibu pejabat polis Karamunsing di sini pada Isnin (21 Mei) lalu mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat 81 kesalahan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Musa dan lima individu dan lima syarikat yang berkaitan.
Berita terakhir yang dikaitkan dengan Musa ia lah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyerbu rumah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Difahamkan, serbuan itu dilakukan SPRM ada kaitan dengan pembayaran RM20 juta kepada Jeffrey dibayar disamping tawaran jawatan timbalan ketua menteri dalam kerajaan negeri BN.
Entah apa kah kesudahan nya kes ini , pasti nya kita akan ikuti episod selanjutnya.
Sumber: Agensi Berita
Comments
Post a Comment