Yayasan Sabah Pemangkin Peluang Pekerjaan, Biasiswa kepada Rakyat Sabah - Shafie?



Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata beliau lebih suka menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat berbanding dengan bonus melalui Amanah Saham Sabah  yang sedia ada ketika ini.

Kerajaan negeri mahu YS memainkan peranan dalam membangunkan modal insan dan kemahiran dalam kalangan rakyat Sabah.

Katanya hala tuju YS perlu jelas bagi memastikan kekayaan dimiliki Yayasan Sabah dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Sabah.

Mengenai penyediaan biasiswa kepada pelajar Sabah untuk melanjutkan pelajaran, Shafie berkata ia akan diteruskan dan beliau bersedia menimbangkan untuk menambah jumlah penerima biasiswa agensi itu bergantung kepada kemampuan Yayasan Sabah sendiri.

Untuk itu kerajaan akan menghentikan eksport balak buat sementara waktu bagi memastikan bekalan kayu-kayan untuk keperluan industri domestik mencukupi.

Katanya dengan penghentian eksport, industri kayu-kayan seperti perabot akan berkembang, lalu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Sumber: FMT, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian