BN Kini Di Akhir Hayat?


Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikatnya jenama gabungan itu tidak lagi boleh dipasarkan.

Parti seperti MIC, MCA dan Gerakan sudah dikalahkan begitu teruk dan tidak mungkin dalam masa singkat ini mereka boleh bangun semula.

Kalau mereka tidak boleh bangun semula, bagaimana BN hendak berfungsi. Kita kena terima hakikat, BN sudah tidak boleh pergi dah, katanya kepada FMT.

Saperti sudah jatuh ditimpa tangga, diSabah dan juga di Sarawak beberapa buah parti Komponen BN dilaporlan telah berikrar meninggalkan komponen parti tersebut baru-baru ini.

Nazri berkata pimpinan BN perlu melihat contoh Parti Perikatan yang dibubarkan pada 1973.


Gabungan ad hoc itu, yang diasaskan pada 1957 di Tanah Melayu, dibubarkan selepas beberapa siri rundingan dengan parti pembangkang dan kemasukan Gerakan, MyPPP dan PAS pasca tragedi 13 Mei 1969.

Kena buat macam dulu, apabila Perikatan lemah, terus bubar Perikatan dan tubuhkan BN. Kemudian jemput parti lain bergabung bersama. BN ini sudah 52 tahun, saya ingat ini yang terbaik, katanya.

BN tewas selepas memerintah selama 61 tahun. Kerusi yang diperoleh pula jauh merosot kepada 79 berbanding 133 pada PRU-13.
Parti tunjang BN, Umno masih merupakan parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 54 kerusi, merosot daripada 88 kerusi pada penggal lepas.

MCA daripada 7 kerusi kini tinggal 1 kerusi, MIC dari 4 kerusi tinggal 2 kerusi dan Gerakan pula tidak memperoleh sebarang kerusi.

Sumber: FMT

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian