Disebalik Pelantikan Tommy Thomas Sebagai Peguam Negara Yang Baharu?


Bilamanmana Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, kita melihat betapa penting nya intitusi Perdana Menteri membuat keputusan dalam hal-hal tertentu.
Dalam isu ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV juga menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Dalampada itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara berkata Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Dalam masa yang sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia.

Oleh itu, dengan sendiri nya spekulasi yang selalu diwarna warnikan dengan pelbagai corak itu sepatutnya terhenti setakat ini kerana apa pun pandangan yang dikaitkan dengan tidak persetujuan terhadap lantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tidak lagi releven, hanya membuang masa para pengamal fb.

Sumber: Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian