Kerana Rakyat Mahukan Perubahan, UPKO Tinggalkan BN?

Kita setuju atau pun tidak khusus nya warga Tuaran, ada lah tidak salah untuk kita mendalami tindakan para pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan kerajaan baharu Sabah bersama-sama Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan (PH).
Dipetik dari portal berita Borneo Today, Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata tindakan ini adalah disebabkan suara rakyat yang mahukan perubahan kerajaan.
katanya, Jumlah undi di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menunjukkan kelebihan kepada Warisan dan PH.
Untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Sabah, Warisan dan PH telah memperolehi 57 peratus undi (undi popular), manakala mengikut undi parlimen pula Warisan dan PH memperolehi 60 peratus undi. Berdasarkan peratusan undi ini kita melihat bahawa rakyat mahukan perubahan dan mahukan kerajaan yang baharu.
Tambahan pula kerajaan pusat juga telah bertukar kerajaan dan bukan lagi kerajaan BN … oleh itu Majlis Tertinggi UPKO telah membuat keputusan untuk meninggalkan BN dan menubuhkan kerajaan baharu Sabah bersama dengan Warisan dan PH…inilah yang rakyat mahukan kata madius selanjutnya..
Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika berucap pada majlis ‘Pesta Moginakan’ (pesata keramaian) di Kampung Tibabar, Kiulu dekat sini semalam. Madius merupakan Anggota Parlimen Tuaran dan telah dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.
Dalampada itu, madius mengucapkan rasa terima kasih kepada semua pengundi di kawasan Tuaran yang telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk memenangi PRU14.
Menurut Madius masyarakat Tuaran, khususnya Kiulu telah meletakkan harapan besar kepada beliau untuk terus memajukan daerah ini, sekali gus memajukan rakyat berbilang kaum dan agama yang ada di daerah tersebut.
Selanjutnya Madius berkata bahawa apa yang penting dilakukan adalah menyusun dan merancang bersama kerajaan baru dalam usaha merubah situasi negeri ini.
Selain itu apa yang kita mahukan adalah rakyat perlu bersatu hati…dan jadikan pilihan raya lepas sebagai satu pengajaran, tambahnya.
Madius berkata dalam kerajaan baharu Sabah kini banyak cabaran yang perlu dilaksanakan termasuk mengkaji semula dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.
Contohnya jawatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Sistem JKKK akan dikaji semula dan Kementerian Luar Bandar Sabah telah diminta untuk mengkaji semula sistem itu dan kemudiannya akan dibentangkan kepada kabinet negeri, kata Madius.
Oleh itu buat masa kini tiada lagi pelantikan JKKK baharu di Sabah. JKKK sedia ada juga boleh bertugas seperti biasa sehingga sistem baharu akan diperkenalkan. Kita di Sabah merasakan sistem itu masih perlu cuma perlu diubah suai, katanya.
Beliau berkata begitu juga dengan jawatan ketua-ketua kampung dan perjawatan di Mahkamah Anak Negeri.
Kita di Sabah telah mewujudkan satu kementerian baharu iaitu Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri dan kementerian itu yang telah diarahkan untuk mengkaji semula sistem Mahkamah Anak Negeri dan apa yang kita mahukan adalah Mahkamah Anak Negeri ini setaraf dengan Mahkamah Syariah, katanya.
Sumber: Borneo Today
Comments
Post a Comment