Musa Aman Masih Di cari Polis: Menghilang Lebih Sebulan?

Selepas 36 hari, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang diarahkan tampil membantu siasatan polis bagi kes ugutan jenayah, masih gagal dikesan.
Selain itu, Musa Aman perlu angkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga atau kerusi yang dimenanginya boleh diisytiharkan kosong, demekian menurut bekas Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Johny Mositun.
Perkara itu adalah berdasarkan Artikel 22 (2) Perlembagaan Negeri Sabah, yang menetapkan proses angkat sumpah perlu dilakukan dalam tempoh tiga bulan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 11 Jun lalu, kata Mositun.
Dalam pada itu, menurut sumber Musa dijangka tak pertahan jawatan ketua Umno Libaran.
Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Tan Sri Musa Aman dijangka tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno bahagian Libaran pada pemilihan parti itu 30 Jun ini.
Sehingga kini Musa Aman yang diarahkan tampil membantu siasatan polis bagi kes ugutan jenayah, masih gagal dikesan.
Pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjejakinya, namun masih gagal walaupun ada pihak yang mendakwa beliau kini berada di luar negara antaranya di London.
Lebih menjadi misteri apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa agensi berkenaan tidak mempunyai rekod pergerakan ke luar negara membabitkan Musa.
Sebelum ini, peguam Musa, Zahir Shah mengeluarkan kenyataan bahawa bekas ketua menteri Sabah itu sedang mendapatkan rawatan perubatan dan menafikan perjalanannya ke luar negara adalah secara tidak sah.
Dalam keadaan yang kini menjadi semakin rumit ini, persoalan nya ada kah Musa Aman akan menghadirkan diri pada 9 Julai di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukkan undang-undang.
Sumber: Agensi Berita
Comments
Post a Comment