Musa Oh Musa Di Mana Kau Berada? : Penyokong Mu Masih Sabar Menunggu

Baru-baru ini, saya berkesempatan bertemu dengan seorang penyokong kuat (die hard) parti PBS dan tanya beliau apa kah ala-tuju parti tersebut sebagai pembangkang dalam kerajaan gabungan parti Warisan, PH, UPKO.
Saya agak terkejut dengan jawapan beliau bahawa parti itu akan menentukan masa depan nya setelah keputusan saman Tan Sri Musa Aman sebagai ketua Menteri di sahkan; menang atau pun disebaliknya.
Saya tidak lanjutkan persoalan saya kerana merasakan beliau mempunyai keyakinan tinggi bahawa Musa dengan bantuan peguam dari Queen Council akan memenangi perbicaraan tersebut.
Bagaimanapun saya teringat perkembangan terakhir Musa yang dikatakan masih lagi hilang (bertapuk) tanpa dikesan.
Dipetik dari laporan berita, Peguam kepada bekas Ketua Menteri Sabah menafikan dakwaan bahawa Musa ke luar negara tanpa mengikut saluran yang sah.Perjalanannya Musa sentiasa melalui saluran imigresen, kata Zahir.
Walhal sebelum ini Pesuruhjaya Polis Sabah Ramli Din berkata polis percaya Encik Musa meninggalkan Sabah sejak 14 Mei.
Dalam hal yang sama, Klip video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Az Eem menunjukkan seorang lelaki menyerupai Musa, berjaket merah dan bertopi berada di Stesen Kereta Api St. Pancras International London.
Zahir menolak dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa Musa kini mendapatkan rawatan perubatan tanpa menjelaskan jenis dan lokasi Musa mendapatkan rawatan terbabit.
Tambah Zahir, ia akan hadir dimahkamah nanti dengan syarat ia nya dijalankan secara adil dan mematuhi undang-undang.
Yang difikirkan aneh ia lah Hospital yang mana satu di Sabah Musa dirawat sehingga pehak Polis atau pun SPRM tidak mampu mengesan nya.
Kes kehilangan Musa ini seakan di lihat sebagai misteri yang luar biasa.
Sumber: Agensi Berita
Comments
Post a Comment