Pertronas Saman Negeri Sarawak: Satu Trajedi Atau Secara Kebetulan?


Syarikat petroleum negara, Petronas meminta Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan yang ia adalah pemilik ekslusif sumber petroleum di Malaysia, termasuk di Sarawak.

Seakan-akan saperti satu trajedi, Jabatan Peguam Besar Sarawak telah menerima notis daripada Pendaftar Mahkamah Persekutuan bahawa Kerajaan negeri menjadi parti dalam saman dikemukakan oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berhubung hasil minyak dan gas yang dikeluarkan di Sarawak.

Dalampada itu, Kerajaan Negeri Sarawak dilaporkan akan melakukan segalanya dalam kuasa dimiliki mengikut prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) bagi mempertahankan hak dalam saman dibuat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M)ketika ketika di tanya pemberita  berkata terserah kepada mahkamah untuk memutuskan pertikaian antara kerajaan negeri Sarawak dan PETRONAS berhubung pengisytiharan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA). 

"Ia terserah kepada PETRONAS, sama ada boleh berjaya atau tidak dengan tindakan mahkamah diambil mereka," kata Tun M.

Seola-ola sebagai satu pertanda yang kurang baik atau disebaliknya, The Edge Markets melaporkan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Datuk Mohd Omar Mustapha, Pengerusi Jawatankuasa Ganjaran Petronas dijangka meletak jawatan tidak lama lagi.

Dalam suasana yang semakin rumit ini hanya negeri Sarawak yang kaitkan dalam saman tersebut manakala rakan regunya negeri Sabah tidak disentuh dalam kes ini.

Sama ada perkara ini berlaku kepada Sarawak (negeri dibawah pemerentahan pembangkang)itu secara kebetulan atau pun satu trajedi, susah juga kita pastikan buat masa ini.

Berkemungkinan jawapan nya akan kita perolihi juga di masa-masa yang akan datang.

Selanjutnya Tun M pernah berjanji sekira nya PH memerentah beliau akan membetulkan status Sabah dan Sarawak dalam perseketuan Malaysia dengan berpandukan ketatapan yang termaktub dalam MA63.

Kini Pakatan Harapan dan sekutu nya Warisan telah dinobatkan sebagai kerajaan pemerentah.

Diharap Tun M akan mengotakan janji beliau untuk memberi Sabah, Sarawak status autonomi dan dengan itu hak yang dikaitkan dengan kes ini berpehak kepada kedua-dua negeri itu.

Sumber: Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian