PH Lebih Baik, BN Tak Beri Dana Kepada Wakil Rakyat Pembangkang - Khairy?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memuji kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) kerana memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Walaupun jumlahnya tidak tidak sampai pun 50% daripada yang diterima Ahli Parlimen kerajaan namun pemberian ini lebih baik daripada apa yang diamalkan BN dahulu; yakni tiada apa-apa peruntukan diberi kepada wakil-wakil rakyat pembangkang, kata Khairy.
Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun berharap PH akan mempertimbangkan jumlah peruntukan sama kepada wakil rakyat BN dan PH pada masa depan dengan melaksanakan sistem audit serta pemantauan bagi mengelakkan ketirisan.
Atas semangat Malaysia Baru, pengundi tidak sepatutnya dihukum atas pemilihan politik mereka semasa pilihan raya, kata Khairy.
Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM200,000 dan RM100,000 masing-masing kepada ahli Parlimen serta adun pembangkang manakala sebanyak RM500,000 dan RM200,000 yang diperuntukkan kepada wakil rakyat PH.
Sumber: FMT, Agensi Berita


Comments
Post a Comment