Punca Banjir di Sabah: Antara Perancangan Yang Gagal Atau Fenomena Pemanasan Dunia?


Pada saya, isu yang menarik sepanjang masa ia lah banjir khususnya fenomena banjir kilat.
Sejak beberapa tahun ini perkara yang berkaitan dengan banjir kilat sering di viralkan oleh warga netizen terutama sekali di kawasan yang sering dilanda banjir saperti Kota Marudu, Kota Belud, Penampang, Jejaran Jalan Tuaran - Kota Kinabalu dan juga di Beaufort.

Pelbagai komen yang kita lihat di fb, menekan atau pun mengutuk kerajaan kerana gagal merancangkan sistem perparitan yang sepatutnya dilakukan.  

Selain itu tidak kurang juga komen yang  menyalahkan wakil-wakil rakyat (YB) sebagai tidak perihatin kepada masalah rakyat yang terjejas akibat banjir di kawasan mreka.

Kalau dikirakan, terlalu banyak komen yang negatif disamping kurang memberi cadangan proaktif langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan atau pun YB dalam usaha menangani permasalahan banjir ini.

Apa yang lebih menarik ia lah terlalu kurang komen (hampir-hampir tiada) yang menyentuh bahawa punca utama banjir kilat yang tidak terkawal itu ada lah fenomena pemanasan global.

Menyentuh tentang pemanasan global, tidak ada yang kerajaan boleh laku kan untuk menghalang daripada berlakunya bencana banjir ini; walaupun dengan menggunakan teknologi moden lagi changgih.

Sebagai contoh negara Amerika Syarikat (negara yang paling shopisticated dengan teknologi moden) tidak mampu mencegah banjir yang dahsyat berlaku di Louisana yang meranapkan hampir seluruh bandar New Orlean.

Demekian juga cerita nya dengan bandar-bandar raya  yang lain saperti New York, Washington DC, Houston dan sebanyak lagi.

Yang terdekat ia lah banjir yang pernah menengelamkan beberapa negeri di semenanjung pada suatu ketika saperti Perlis, Kelantan, Pahang, Trengganu, Johor dan lain-lain lagi.

Apa yang kita lihat kerajaan perseketuan hanya mampu memantau dan membantu mangsa-mangsa yang terjejas dengan teruk.

Untuk itu berkemungkinan fenomena banjir kilat di negeri dibawah bayu ini sudah tidak dapat dibendung lagi selain dari persedian untuk berhadapan dengan bencana banjir pada bila-bila masa.

Agak nya walaupun kerajaan peruntukkan berbillion wang ringgit namun ia sudah terlambat untuk  mengatasi kuasa yang di turunkan oleh pemanasan global pada masa kini.

Persoalan apa kah punca nya fenomena pemanasan Global ini? Sama-sama lah kita memikirkan perkara ini kerana jawapan nya ada pada kita.

Sumber: Agensi Berita, Ilham Penulis

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian