Tidak Releven Akta Hasutan Di Mansuhkan?

Akta Hasutan 1948 undang-undang mempunyai peranan besar dalam menjaga keharmonian kaum, agama,
hubungan antara negeri dalam Persekutuan dan menghormati institusi
utama negara seperti institusi raja-raja Melayu,kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.
Kata Zaki selanjutnya, langkah mahu memansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan adalah tidak releven sebaliknya perlu dikekalkan
Yang sebabkan orang marah apabila wujudnya unsur politik dalam penguatkuasaan akta ini. Jika si A buat, salah tetapi apabila si B daripada parti kerajaan buat, ia tidak pula dianggap kesalahan. Ini yang orang marah, katanya.
Pada masa sama, penguatkuasaan Akta Hasutan juga harus dilihat berdasarkan objektif kritikan. Kalau kritikan itu ada asas, maka perkara itu harus dinilai oleh pendakwa. Kalau kritikan melampau yang boleh sebab pe cah-belah dan huru-hara maka itu baru wajar diambil tindakan, katanya.
Jelas Zaki, akta tersebut dalam apa sahaja keadaan masih perlu dikekalkan dan perkara penting perlu dilakukan kerajaan baharu adalah memastikan aspek penguatkuasaan tidak ada unsur berat sebelah.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar turut sependapat bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan untuk menghindari perbalahan yang lebih besar.
Beliau berkata, kebebasan bersuara itu dibenarnya tetapi bukan bermakna tidak mempunyai had kerana ia tetap perlu dibataskan dengan ruang lingkup perundangan sendiri.
“Sebab itu, walaupun Ahli Parlimen menikmati imuniti dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, namun mereka masih tertakluk kepada Akta Hasutan.
“Kita perlu membezakan antara kritikan, bohong, fitnah dan menghasut yang membawa implikasi perunda ngan yang berbeza-beza. Pendapat dan kritikan berhak di suarakan dengan bebas tetapi bohong pula, itu boleh beri kesan perundangan.
“Jika kenyataan itu satu fitnah, ia mesti disusuli tindakan undang-undang manakala mengha sut pula mempunyai elemen niat jahat, maka yang terlibat juga tidak boleh dilepaskan daripada menanggung akibat,” tegasnya.
Sebelum ini, tindakan Datuk A. Kadir Jasin berhubung isu membabitkan Yang di-Pertuan Agong telah membangkitkan kemarahan banyak pihak yang melihat secara terbuka menghina dan memperlekehkan institusi raja-raja.
Sumber: Utusan Online, Agensi Berita
Comments
Post a Comment