Warga USBO Dipersimpangan Delima; Perjuangan Belum Berakhir - Sessi Pertama

Seadanya Suasana politik di Sabah masih lagi belum stabil sepenuhnya.
Selain dari kes mahkamah tuntutan Ketua menteri yang sah diantara Tan Sri Musa Aman dan juga Datuk Seri Shafie Afdal, penyatuan dikalangan suku kaum masih lagi dalam keadaan yang kurang menentu.
Kalau kita perhatikan amat jelas bahawa masih banyak lagi rakyat yang berpehak kepada pembangkang khusus nya parti UMNO, PBS, Star PCS dan sebagainya.
Rakyat dari suku kaum KDMR bukan semua nya menyertai kerajaan Warisan, PH dan UPKO walaupun pada hakikatnya terdapat beberapa orang pemimpin mereka kalah pada PRU14 baru-baru ini.
Kekalahan dalam Pilihan Raya bukan semestinya penentu bahawa semua rakyat telah berpaling tadah pada pehak yang menang, kata mereka.
Penyokog tegar dari suku kaum KDMR masih banyak berpehak kepada PBS, STAR, PCS, manakala warga USBO masih bersama UMNO.
Justeru untuk menstabilkan sesebuah kerajaan keadaan ini perlu diselaraskan politik Sabah, khusus nya dalam perkongsian kuasa mutlak dikalangan kaum.
Selaku seorang aktivis dari warga USBO (khususnya Bajau-Sama pantai barat) saya merasakan bahang ketidakpuasan hati masyarakat ini masih lagi terasa.
Apa lagi bila mengingatkan mereka secara menyeluruh nya tidak diwakili dalam kerajaan baru warisaan, PH dan UPKO.
Mereka sedar bahawa dalam isu ini bukan salah mereka berpehak kepada BN dalam PRU baru-baru ini; cuma keadaan tidak berpehak kepada mereka.
Kalau dehulu ketika kita bersama USNO kita sanggup bersabar berkurun lama nya; kenapa pula kita tidak melakukan nya sekali lagi pada masa kini, soal mereka?
Setuju atau pun tidak tindakan atau pun tingkah laku warga USBO itu, hanya mereka dan pemimpin yang berhak menentukan masa depan politik mereka.
Suntikan Penulis
Comments
Post a Comment