3 Petisyen Pilihan Raya ke14 Akan Didengar September, Oktober?


Diantara sembilan petisyen pilihan raya yang telah diajukan oleh Warisan (8) dan PKR (1), kini 3 Petisyen yang difailkan oleh Parti Warisan Sabah untuk mencabar keputusan PRU14 akan didengar di mahkamah pada September dan Oktober tahun ini.

Petisyen tersebut melibatkan satu kawasan Parlimen dan dua kerusi negeri ia itu Parlimen Sipitang (Yamani Hafez Musa, Barisan Nasional-Umno), dan kerusi negeri Kundasang (Datuk Joachim Gunsalam, Barisan-PBS) dan Sook (Datuk Ellron Angin dari Barisan-PBRS).

Kes-kes itu disebut dihadapan Hakim Mahkamah Pilihan Raya Lee Heng Cheong di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini pada hari Jumaat (13 Julai).

The Star Online (dalam talian) melaporkan bahawa Hakim Lee mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai-pegawai (Returning Officer) nya bagi kawasan pilihan raya yang terlibat untuk melantik peguam pada 27 Julai.

Sumber: The Star Online, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian