Geran Komunal Di Sabah Dimansuh?


Skim pemberian geran tanah menerusi geran komunal yang pernah diagung-agungkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada suatu ketika dijangka akan jumud atau dimansuhkan dalam tempuh sedikit masa lagi.

Pengumungan ini dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini.

Pemansuhan pemberian tanah menerusi geran komunal ini ada lah terkandung dalam manifesto Parti Warisan Sabah (Warisan) pada PRU14 lepas.

Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri dengan bantuan beberapa peguam juga telah menggubal beberapa pendekatan berhubung perkara berkenaan dan akan memperhalusinya bagi membolehkan rakyat memiliki geran tanah individu.

Kerajaan juga akan membuat sedikit ‘rebranding’ (penjenamaan semula) untuk membolehkan rakyat mendapat tanah dalam tempoh yang tidak lama sebab ini adalah hak mereka, katanya. 

Menurut Musa Aman sebelum ini,  ilham menukarkan tanah kerajaan kepada tanah rakyat dengan pemberian komunal merupakan langkah yang memastikan rakyat, khususnya di luar bandar, mempunyai aset yang boleh digunakan untuk membina kediaman sendiri dan kegiatan ekonomi.

Bagaimanapun kaedah Pemberimilikan dan Cara Pengurusan/Pentadbiran Geran Komunal yang diamalkan bercanggah dengan niat dan maksud Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR).

Dikatakan pengeluaran Geran Komunal tidak sepatutnya untuk diserahkan kepada pihak luar samada melalui usahasama (Jointventure) atau sebagainya.



Sumber: Borneo Today, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian