Lapuran Musa Aman Mengugurkan Saman Terhadap TYT, Shafie Tidak Tepat; Kes Di Dengar 3 Sept?


Tajuk berita dari portal Borneo Today, “Musa Aman Mengugurkan Saman Terhadap Shafie; Bekas KM Diarahkan Untuk Membayar Kos” yang diterbitkan pada 10/07/2018 adalah tidak tepat dan mengelirukan, kata Tengku Fuad Tengku Ahmad selaku Peguam Utama Tan Sri Musa Aman.

Kenyataan oleh Borneo Post yang mengatakan bahawa Tan Sri Musa telah “mengugurkan saman” terhadap Datuk Shafie adalah salah dan tidak benar. Ini kerana, Tan Sri Musa sebenarnya meneruskan samannya terhadap Tun Juhar dan Datuk Shafie melalui saman pemula bagi menggantikan writ saman sebelum itu, tambah Tengku Fuad.

Tengku Fuad menegaskan bahawa saman oleh Tan Sri Musa terhadap Tun Juhar dan Datuk Shafie masih diteruskan dan Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh pada 3hb September 2018 untuk membuat keputusan bagi permohonan interlokutori oleh Datuk Shafie Afdal untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Tan Sri Musa.

Jika permohonan interlokutori oleh Datuk Shafie Afdal ditolak oleh Mahkamah Tinggi maka saman oleh Tan Sri Musa akan didengar.


Mengenai isu kos pula, Tengku Fuad sekali lagi ingin menegaskan bahawa adalah perkara biasa untuk Mahkamah Tinggi mengarahkan Plaintif membayar kos bagi menamatkan writ saman tersebut.

Tan Sri Musa membuat tawaran untuk kos sebanyak RM5,000 dan telah diterima dan diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi.

Borneo Today cuba memperbesarkan isu kos padahal ianya perkara biasa bagi mereka yang mempunyai kes di mahkamah.

Berita mengelirukan dan tidak tepat akan menyebabkan fitnah, kata Tengku Fuad.


Sumber: Sarawak Voice

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian