Musa Aman Akan Pulang Angkat Sumpah Adun - Jeffery Kitingan


Walaupun tersibar luas dalam media massa bahawa Tan Sri Musa Aman sedang berhadapan dengan pelbagai masalah ketika balik ke Malaysia nanti, khusus nya Sabah, namun Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan percaya Musa Aman akan mengangkat sumpah sebagai Adun Sungai Sibuga dalam tempoh 120 hari dari tarikh PRU14.

Jelasnya, pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu masih mempunyai masa untuk mengangkat sumpah sebagai adun Sungai Sibuga memandangkan tempoh 120 hari daripada tarikh pembuangan undi (9 Mei) untuk berbuat demikian akan hanya berakhir pada bulan depan.

Seorang wakil rakyat akan hilang kerusinya (di DUN) jika tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembuangan undi atau gagal menghadiri 3 sidang DUN tanpa sebab.

Musa berada di luar negeri Sabah sejak 14 Mei dan kini berada di United Kingdom untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Dalampada itu, Jeffrey turut menyatakan beliau dipilih oleh ahli Gabungan Bersatu Sabah, termasuk wakil rakyat dari BN, untuk menjadi ketua pembangkang sementara Musa masih di luar negara ketika persidangan DUN itu.

Sumber: FMT, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

USNO Baru Bergerak Maju Sebagai Pembangkang Hadapi PRU Akan Datang

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

USNO Baru Mengorak Langkah Susun Struktur Organisasi Di Perengkat Bahagian