Musa Aman Disaman RM400 Juta?

Sementara menunggu kehadiran Tan Sri Musa Aman di Mahkamah Tinggi pada 9 hb Juli ini, satu saman telah difailkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap beliau oleh seorang penama, dari Kampung Kota Belud, berhubung dakwaan penyelewengan wang Yayasan Sabah.
Penama tersebut menuntut RM400 juta dengan faedah lapan peratus setahun; kos dan apa-apa perintah yang difikirkan perlu oleh mahkamah.
Sekiranya Musa ingin mempertahankan tindakan itu, beliau mesti menjawab dalam tempoh 10 hari di Pejabat Pendaftar Mahkamah di Kota Kinabalu.
Sementara itu, peguam Musa, Tengku Fuad Ahmad, berkata sudah beliau sudah menerima saman berkenaan.
Dalam kenyataan kepada media, Tengku Fuad berkata, writ difailkan terhadap Musa lebih bersifat politik dan untuk memalukan anak guamnya.
Tengku Fuad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan seperti dikehendaki dan diarahkan bagi menghormati proses mahkamah.
Musa kini dilaporkan berada di United Kingdom kerana mendapatkan rawatan kesihatan.
Sumber: BH Online, Agensi Berita
Comments
Post a Comment