Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?


Baru-baru ini, Penyelaras Biro Kewarganegaraan PKR, A Kumaresan menggesa kerajaan mengurangkan kerenah birokrasi di Jabatan Pendaftaran Negara untuk membantu individu tanpa kerakyatan, khasnya kanak-kanak mendapatkan kewarganegaraan.

Ribuan kanak-kanak tanpa kerakyatan dinafikan hak penjagaan kesihatan dan pendidikan percuma kerana mereka bukan rakyat Malaysia, kata Kumasesan.

Dalampada itu, Aktivis Sosial, Syed Azmi Syed Ibrahim mencadangkan kerajaan memberi kerakyatan kepada kanak-kanak di bawah 5 tahun, sejajar manifesto pilihan raya Pakatan Harapan mahu menyelesaikan masalah itu.

Katanya, jika kerajaan tidak memberi kerakyatan kepada kanak-kanak itu, mereka akan menjadi pendatang asing tanpa izin pada usia 18 tahun.

Masa itu, siapa lagi nak ambil dia sebagai anak angkat, bila pula dia nak masuk sekolah? Rekod pengenalan diri pun tiada.

Apabila status ini diberikan seawal usia tersebut, tidak mustahil kita boleh menyelesaikan masalah bukan hanya soal pendidikan, tetapi juga keselamatan mereka, katanya ketika dihubungi FMT.

Sumber: FMT, Agensi Berita

Comments

  1. fafafa menyediakan lebih permainan slot online yang menghadirkan
    Fafafa menyediakan lebih permainan slot online yang menghadirkan bisa dimana menyediakan membantu memiliki game judi slot online yang sering banyak online youtube to mp3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?